Monday, October 6, 2008

Ayat-Ayat Power Di Hari Raya

Raya tahun ni cam gelabah sikit. Aku pun tak tahu kenapa tapi semua orang gelabah. Maybe sebab suma orang sampai lambat kot. Dulu, setiap kali raya, mesti ada satu ayat power dikeluarkan oleh salah sorang dari kami (aku n my cousins) dan ia akan digunakan for the whole year. Tahun ni ada kelainan sikit sebab ayat power kami banyak.

Ayat power pertama dikeluarkan ketika sehari sebelum raya. Aku n sepupu aku, Ruby, diperintahkan oleh Ummi a.k.a Maklong aku, untuk mengemas bilik Budiks (adik kepada Ruby). Bilik dia tu tok sah cakap la. Memang macam Titanic pecah! Macam2 ada! Aku tak puas hati sebab kenapa kami berdua yang perlu kemaskan bilik budak tak guna tu! Masa kami tengah kemas rak buku yang penuh dengan komik (ada komik Conan, Pedang Setiawan, One Piece) aku terjumpa buku Misteri Naga.

Aku: Ruby! Tengok ni! Misteri Naga! Ada dua lak tu.

Ruby: Aku tak tahu plak budak tak guna tu beli buku ni. Aku rindu la kat pakwe aku, Pop.

Aku gelak. Ruby memang ske kat Pop. Dia pun belek-belek la buku tu. Lepas tu, dia tunjuk kat aku gambar Hyunkel. Aku dulu memang minat dia.

Ruby: long, pakwe mu. Hai Uncle.

Aku: Bukanlah. Nama dia Hyunkeru la. Bukan Hai Uncle.

Ruby: tengoklah ejaan ni. Hy, bunyinya Hai. Selebihnya tu Uncle. Dia kan dah tua. Tengok, rambut pun warna putih.

Aku: Bukan putihlah! Silver! tau tak silver!!

Ruby: Ah! Aku tak kira. Aku nak panggil dia Hai Uncle jugak!!

So, lepas je kejadian tu, Ruby asyik panggil aku 'Hai Uncle'.


Ayat power kedua dikeluarkan ketika aku sedang buat roti jala. Time tu suma orang dekat dapur. Ada yang buat kuih, ada yang kacau gulai. Masa aku tengah syok buat roti jala (time tu dah mencapai 4 kilo!!), Zolar (adik aku) pun datang. Dengan suke sukinya dia ambik je roti jala yang aku buat.

Aku: Hei, jangan makanlah! tu yang orang tempah!! Orang tempah!!

Apa lagi, mengamuk la si Zolar tu. Lepas tu, Kak Bet (kakak kesayangan aku) pun gelak. Dia pun ulanglah ayat tu 'orang tempah'. Asal je aku hidang nasi ke, lauk ke, mesti Kak Bet kata:

'jangan makan, tu orang tempah!'.

Ayat power ketiga dikeluarkan semasa kami kat dapur, time tu pagi raya. Yang lelaki dah ke masjid. Yang pompuan sibuk kat dapur. Ummi aku dah penat so dia pun duduklah. Menu hari tu ialah laksa penang and johor. Masa nak hidang laksa, penyepit pulak tak ada. Nak sepit laksa. Ruby adalah tukang cari penyepit.

Ruby: Ummi, tak jumpa pun.

Ummi: Ada kat dalam almari tu. Kalau tak ada, cari dalam laci.

Ruby: Tak ada la Ummi. Betul!

Ummi: Kalau aku cari lepas tu jumpa, aku korek lubang mata (kelantan version: Au gi koghek butir mato mung!)

Terus orang2 yang ada kat situ ngeri bila mendengar ayat power dari Ummi. Haha!

Itulah dia ayat2 power untuk tahun ni. Tahun depan tak tahulah macam mana. Kalau Raya Haji biasanya ada lagu tema. Hehe.

6 comments:

Kaoru said...

ngehehehe.. ngeri gak kne korek bijik mate. tapi aku tak tahan btl ada versi versi lak, gigih aku tahan gelak sbb suasana tgh senyap kt sini. kang x pasal2 kne tnya 'apsal gelak?' plak kang, hehhee...

ButirStar said...

tu la pasal. setiap tahun mesti ada je ayat power tapi tahun ni terbanyak la pulak...

Max said...

korek butir mato mung ke koghek butir buah setar? ROTFLMAO!

ButirStar said...

korek je la mana2 pun. haha

Kaoru said...

Aku rasa no.62 pun byk ayat power, contohnye ...'ala, ayah die bkknye kenal dgn kite', kekekekekke...

Kaoru said...

Aku rasa no.62 pun byk ayat power, contohnye ...'ala, ayah die bkknye kenal dgn kite', kekekekekke...